#KES 1
Bab 2
MOTIF pembunuhan? Dendam? Iri hati?
Cemburu atau sebaliknya? Azhnita masih meneliti fail kes di dada meja. Laporan
cap jari juga sudah dikeluarkan. Cap jadi pada botol pil tidur adalah cap
Fadhil. Tiada cap jari lain yang ditemui. Dia masih merasakan Fadhil tidak
membunuh diri.
Mangsa
kedua. Pembantu peribadi Amelia. Dahlia. Mati dengan leher terjerut pada kipas
di bilik tidurnya. Dahlia tidak mempunyai masalah yang melibatkan mental. Sihat
walafiat. Tiada masalah leceh seperti percintaan. Azhnita bingung memikirkan
kaitan antara tiga mangsa itu. Dia buntu untuk seketika.
Wajah
perempuan berbaju merah itu bermain di ruang mata Azhnita. Azhnita mengusap
dagu.
“Apa
yang aku nampak tu bukan khalyalan. Aku benar-benar nampak perempuan berbaju
merah itu,” gumam Azhnita sendiri.
“Azhnita,”
Azhnita tersentak. Dia mengangkat
kepalanya. Lelaki segak tanpa beruniform itu masih berwajah serius. Ada masanya
Azhnita meluat melihat wajah lelaki depan matanya itu. Inspektor Zaim. Bekerja
di bawahnya menyesakkan nafas.
“Ikut saya,”
“Ke mana?” soal Azhnita.
“Dating.”
ringkas dia menjawab.
Mimik
muka Azhnita berubah. Dia mengekori langkah lelaki itu.
*************************************************************
BAIM sudah berjanji untuk menolong. Dia
tidak boleh berpatah balik. Baim meneruskan langkahnya ke old town café itu. Zaim mengangkat tangannya memberikan isyarat
kepada Baim. Azhnita memakukan matanya pada Baim. Lelaki itu nampak serabai
tetapi memiliki sepasang mata yang memukau. Jika dia berpakaian kemas seperti
Zaim, lelaki itu tidak kurang segaknya. Azhnita menilik.
Baim
melabuhkan punggung bertentangan mata dengan Azhnita.
“Nita,
kenalkan jurugambar hantu, Baim.”
Baim
tajam menjeling Zaim.
“Jurugambar
hantu?” Berkerut dahi Azhnita. Zaim
tertawa kecil. Gadis itu mungkin tidak mempercayai kata-katanya.
“Kau
tak percaya?” Zaim merenung wajah gadis itu.
“Tuan
sendiri tak percaya pada kes-kes paranormal yang berlaku sekarang. Pelik. Tuan
boleh berubah fikiran dalam 60 darjah.” Azhnita mencebik. Memulangkan paku buah
keras.
Zaim
makin galak ketawa. Azhnita a antara orang bawahannya yang dia percayai.
Detektif muda yang begitu berkerja keras membasmi jenayah di kota metropolitan
ini.
Baim
senyap. Tidak mencelah dua anggota polis itu berbicara. Dia memakukan matanya
pada Azhnita. Renungan tajam Baim buat Azhnita tidak selesa. Dia bingkas bangun
mengubah tempat duduknya.
Baim
mengorak senyuman sinis di hujung bibir. Pastinya Azhnita memikirkan dia jenis
lelaki yang gatal. Baim mengangkat kameranya. Lensa kamera di halakan pada Azhnita.
Klik!
Cahaya
terpancar. Azhnita tersentak. Gadis itu mengetap bibir.
“Apa
awak buat ni?” Azhnita a bangun memarahi Baim. Baim mengambil gambarnya tanpa
pamitan begitu.
Baim
membisu. Tidak membalas kata-kata Azhnita.
“Agaknya
dia nampak ada ‘benda’ bersama awak.”
Azhnita
menjegilkan mata. Zaim cuba menakut-nakutkan dia. Namun, Zaim berwajah serius.
Tiada tawa lagi meletus di bibir lelaki itu.
Azhnita
gelabah dalam diam. Dia duduk semula dengan wajah resah.Baim memerhatikan
tingkah Azhnita.
“Esok
aku bagi gambar tu pada kau.” Baim membuka mulut.
“Okey.
Aku nak tengok hantu mana yang ikut aku tu.” Azhnita menjongket keningnya. Dia
tunjuk berani.
“Baim,
dia akan bantu kita dari belakang dalam kes melibatakan kematian misteri yang
masih dalam siasatan itu.”
“Dia
ni?” Azhnita menghalakan jari telunjuknya pada muka Baim.
“Baim
ni rakan sejawat aku. Tapi dia berhenti jadi polis. Dia buat kerja tak cukup
makan dengan kerjanya sekarang. Jurugambar bebas. Juga jurugambar hantu.”
Azhnita
terpaku. Baim bekas polis? Satu kejutan. Tengok dari segi tubuh Baim yang sasa
itu tidak mustahil jika dulunya dia
seorang anggota polis.
“Berhenti
mengarut!” Baim tidak mahu Zaim membuka cerita lamanya.
“Maaf,
kita berbalik pada topik asal.”
Zaim
memulakan semula topik yang sepatutnya dibincangkan.
************************************
BALKIS mengurut-urut batang leher yang
terasa lenguh. Seharian menghadap komputer di pejabat. Jualan syarikat sedang
jatuh merundum. Dia terpaksa bekerja lebih masa. Sejak Amelia mati dibunuh
dengan ngeri, syarikat kosmetik milik Amelia menjadi tunggang-langgang.
Perebutan kuasa berlaku di kalangan adik beradik. Dia juga pening memikirkan
masalah yang bertimpa-timpa.
Langkah
Balkis mati apabila telinganya menangkap bunyi derapan kasut tumit tinggi di
belakangnya. Dia memusingkan tubuhnya. Kelibat seorang perempuan berpakaian
serba merah berada tidak jauh darinya. Balkis cuba mengamati wajah perempuan
itu. Rambut yang meliputi sebahagian wajahnya menyebabkan Balkis tidak dapat mengencam
perempuan itu.
Baju
merah itu? Perempuan melangkah pergi. Bulu tengkuk Balkis merinding. Dia merasa
sekelilingnya sejuk hingga ke tulang sumsum. Tidak tahu kenapa? Balkis segera
menujuke keretanya. Kelam-kabut dia mengeluarkan kunci dari beg tangan. Hujung
kunci dimasukkan kedalam lubangnya. Balkis mula cemas. Puas dia memulas kunci
kereta. Pintu keretanya masih tidak mahu ditarik. Matanya melingas kiri dan
kanan. Dia segera masuk ke perut kereta sebaik pintu berjaya dibuka.
Balkis
menghidupkan enjin kereta. Sebaik lampu kereta menyuluh jalan perempuan berbaju
merah itu sudah berdiri di depan keretanya. Rambut panjang melayag-layang
bagaikan ditiup angin memperlihatkan wajahnya yang separuh terbakar itu.
“Amelia!”
Perempuan
berbaju merah itu menerpa ke cermin depan kereta Balkis. Darah meleleh-leleh
keluar dari mulut perempuan itu. Suara jeritan Balkis bergema.
Bersambung...
4 comments:
Best... Konflik keluarga? It looks so interesting. Two thumbs up!
Makin mengancam.. Baim bekas poli ye.. Wah!! Ohsem nie.
next2 x sabar ni tnggu
next2 x sabar ni tnggu
Post a Comment