Followers

Wednesday, 14 September 2016

DETIK 12 MALAM - BAB 2

#KES 1

Bab 2


MOTIF pembunuhan? Dendam? Iri hati? Cemburu atau sebaliknya? Azhnita masih meneliti fail kes di dada meja. Laporan cap jari juga sudah dikeluarkan. Cap jadi pada botol pil tidur adalah cap Fadhil. Tiada cap jari lain yang ditemui. Dia masih merasakan Fadhil tidak membunuh diri.

            Mangsa kedua. Pembantu peribadi Amelia. Dahlia. Mati dengan leher terjerut pada kipas di bilik tidurnya. Dahlia tidak mempunyai masalah yang melibatkan mental. Sihat walafiat. Tiada masalah leceh seperti percintaan. Azhnita bingung memikirkan kaitan antara tiga mangsa itu. Dia buntu untuk seketika.

            Wajah perempuan berbaju merah itu bermain di ruang mata Azhnita. Azhnita mengusap dagu.

            “Apa yang aku nampak tu bukan khalyalan. Aku benar-benar nampak perempuan berbaju merah itu,” gumam Azhnita sendiri.

            “Azhnita,”

            Azhnita tersentak. Dia mengangkat kepalanya. Lelaki segak tanpa beruniform itu masih berwajah serius. Ada masanya Azhnita meluat melihat wajah lelaki depan matanya itu. Inspektor Zaim. Bekerja di bawahnya menyesakkan nafas.

            “Ikut saya,”

            “Ke mana?” soal Azhnita.

            “Dating.” ringkas dia menjawab.          
   
            Mimik muka Azhnita berubah. Dia mengekori langkah lelaki itu.

 *************************************************************

BAIM sudah berjanji untuk menolong. Dia tidak boleh berpatah balik. Baim meneruskan langkahnya ke old town café itu. Zaim mengangkat tangannya memberikan isyarat kepada Baim. Azhnita memakukan matanya pada Baim. Lelaki itu nampak serabai tetapi memiliki sepasang mata yang memukau. Jika dia berpakaian kemas seperti Zaim, lelaki itu tidak kurang segaknya. Azhnita menilik.

            Baim melabuhkan punggung bertentangan mata dengan Azhnita.

            “Nita, kenalkan jurugambar hantu, Baim.”

            Baim tajam menjeling Zaim.

            “Jurugambar hantu?”  Berkerut dahi Azhnita. Zaim tertawa kecil. Gadis itu mungkin tidak mempercayai kata-katanya.

            “Kau tak percaya?” Zaim merenung wajah gadis itu.

            “Tuan sendiri tak percaya pada kes-kes paranormal yang berlaku sekarang. Pelik. Tuan boleh berubah fikiran dalam 60 darjah.” Azhnita mencebik. Memulangkan paku buah keras.

            Zaim makin galak ketawa. Azhnita a antara orang bawahannya yang dia percayai. Detektif muda yang begitu berkerja keras membasmi jenayah di kota metropolitan ini.

            Baim senyap. Tidak mencelah dua anggota polis itu berbicara. Dia memakukan matanya pada Azhnita. Renungan tajam Baim buat Azhnita tidak selesa. Dia bingkas bangun mengubah tempat duduknya.

            Baim mengorak senyuman sinis di hujung bibir. Pastinya Azhnita memikirkan dia jenis lelaki yang gatal. Baim mengangkat kameranya. Lensa kamera di halakan pada Azhnita.

            Klik!
            Cahaya terpancar. Azhnita tersentak. Gadis itu mengetap bibir.

            “Apa awak buat ni?” Azhnita a bangun memarahi Baim. Baim mengambil gambarnya tanpa pamitan begitu.

            Baim membisu. Tidak membalas kata-kata Azhnita.

            “Agaknya dia nampak ada ‘benda’ bersama awak.”

            Azhnita menjegilkan mata. Zaim cuba menakut-nakutkan dia. Namun, Zaim berwajah serius. Tiada tawa lagi meletus di bibir lelaki itu.

            Azhnita gelabah dalam diam. Dia duduk semula dengan wajah resah.Baim memerhatikan tingkah Azhnita.

            “Esok aku bagi gambar tu pada kau.” Baim membuka mulut.

            “Okey. Aku nak tengok hantu mana yang ikut aku tu.” Azhnita menjongket keningnya. Dia tunjuk berani.

            “Baim, dia akan bantu kita dari belakang dalam kes melibatakan kematian misteri yang masih dalam siasatan itu.”

            “Dia ni?” Azhnita menghalakan jari telunjuknya pada muka Baim.

            “Baim ni rakan sejawat aku. Tapi dia berhenti jadi polis. Dia buat kerja tak cukup makan dengan kerjanya sekarang. Jurugambar bebas. Juga jurugambar hantu.”

            Azhnita terpaku. Baim bekas polis? Satu kejutan. Tengok dari segi tubuh Baim yang sasa
itu tidak mustahil jika dulunya dia seorang anggota polis.

            “Berhenti mengarut!” Baim tidak mahu Zaim membuka cerita lamanya.
            “Maaf, kita berbalik pada topik asal.”

            Zaim memulakan semula topik yang sepatutnya dibincangkan.

************************************
           
BALKIS mengurut-urut batang leher yang terasa lenguh. Seharian menghadap komputer di pejabat. Jualan syarikat sedang jatuh merundum. Dia terpaksa bekerja lebih masa. Sejak Amelia mati dibunuh dengan ngeri, syarikat kosmetik milik Amelia menjadi tunggang-langgang. Perebutan kuasa berlaku di kalangan adik beradik. Dia juga pening memikirkan masalah yang bertimpa-timpa.

            Langkah Balkis mati apabila telinganya menangkap bunyi derapan kasut tumit tinggi di belakangnya. Dia memusingkan tubuhnya. Kelibat seorang perempuan berpakaian serba merah berada tidak jauh darinya. Balkis cuba mengamati wajah perempuan itu. Rambut yang meliputi sebahagian wajahnya menyebabkan Balkis tidak dapat mengencam perempuan itu.

            Baju merah itu? Perempuan melangkah pergi. Bulu tengkuk Balkis merinding. Dia merasa sekelilingnya sejuk hingga ke tulang sumsum. Tidak tahu kenapa? Balkis segera menujuke keretanya. Kelam-kabut dia mengeluarkan kunci dari beg tangan. Hujung kunci dimasukkan kedalam lubangnya. Balkis mula cemas. Puas dia memulas kunci kereta. Pintu keretanya masih tidak mahu ditarik. Matanya melingas kiri dan kanan. Dia segera masuk ke perut kereta sebaik pintu berjaya dibuka.

            Balkis menghidupkan enjin kereta. Sebaik lampu kereta menyuluh jalan perempuan berbaju merah itu sudah berdiri di depan keretanya. Rambut panjang melayag-layang bagaikan ditiup angin memperlihatkan wajahnya yang separuh terbakar itu.

            “Amelia!”


            Perempuan berbaju merah itu menerpa ke cermin depan kereta Balkis. Darah meleleh-leleh keluar dari mulut perempuan itu. Suara jeritan Balkis bergema.

Bersambung...

4 comments:

Mohamad Amirul Amsyar said...

Best... Konflik keluarga? It looks so interesting. Two thumbs up!

Sha Mohamed said...

Makin mengancam.. Baim bekas poli ye.. Wah!! Ohsem nie.

Unknown said...

next2 x sabar ni tnggu

Unknown said...

next2 x sabar ni tnggu