#Kes 1
Bab 1
“FADHIL bekas pemandu arwah Amelia.
Berusia 30 tahun. Bujang. Dia mati kerana dos pil tidur yang berlebihan.” Mayat
sudah ditutup dengan selimut.
Gadis
berpakaian biasa bertudung litup itu bercangkung mengapai botol ubat yang hanya
tinggal dua biji pil di dalamnya. Dia membelek botol pil tidur tersebut sebelum
dimasukkan ke dalam karung plastik berwarna jernih itu.
“Azhnita…”
Lelaki muda berpakaian uniform berpangkat inspektor merapati.
Gadis
itu mengangkat kepalanya.
““Tuan,
kami dah buat pemeriksaan dalam apartmen mangsa. Tiada kesan dicerobohi masuk.
Semua pintu dan tingkap tertutup dengan rapat. Pasti dia ada kaitan dengan
kematian Amelia usahawan komestik itu? Tapi… saya tak rasa dia bunuh diri,
tuan.” Azhnita membuat andaian.
“Masakan
awak nak cakap dia dibunuh oleh hantu Amelia?” Ketuanya itu mengerlingnya.
Azhnita
ketap bibir.
“Bukan
begitu tuan. Maksud saya mungkin ada yang pergunakan ilmu hitam menyuruh mangsa
membunuh diri sendiri. Tak mustahil tuan. Manusia sekarang masih ada yang
mengamalkan ilmu hitam. Bersahabat dengan jin.”
Lelaki
itu ketawa kecil.
“Jangan
awak nak mengarut.”
“Tapi
tuan…”
Inspektor
itu berlalu. Azhnita merengus kecil. Bola mata hitamnya mengecil melihat
seorang perempuan berpakaian merah berdiri di kepala mangsa. Perempuan itu mengukir
senyuman yang mengerikan. Azhnita segera mengalihkan pandangannya. Apabila
mengalihkan matanya semula pada kepala mangsa, perempuan itu sudah tiada.
************************************************************
“MEREKA ada. Ada di sekeliling kita.”
suara lelaki berkumis dan berjambang nipis itu. Dia menekan butang kameranya
berkali-kali pada sekitar pasangan kekasih yang sedang duduk di kerusi rehat
itu. Berkerut-kerut wajah pasangan berkenaan. Tidak faham apa yang lelaki itu
cuba
perkatakan.
Pasangan
itu mula cuak. Bimbang lelaki itu menjadikan gambar-gambar kemesraan mereka
viral di media sosial. Lelaki itu menghampiri lalu menghulurkan sekeping gambar
yang diambil secara rawak itu.
“Free. Tak perlu bayar.” ujarnya lalu mengorak
langkah.
Pasangan
itu membulatkan bola mata melihat gambar tersebut. Ada seorang perempuan
berambut panjang dengan kepala yang menunduk di belakang mereka. Mereka
memusingkan tubuh mereka. Tiada apa-apa di belakang meraka. Serentak itu mereka
bangkit dan meninggalkan tempat itu. Gambar tersebut direnyuk, lantas dibuang
atas rumput.
Lelaki
itu melolos masuk ke dalam keretanya. Kereta Volvo klasik model 121 berwarna
merah itu hadiah dari arwah ayahnya. Baim. Dia seorang jurugambar bebas. Atau
lebih dikenali dengan jurugambar hantu kerana gambar-gambar yang diambil
sungguh misteri.
Kunci
kereta dipulas. Seorang lelaki menerpa masuk sepantas kilat ke dalam perut
keretanya. Dia mengalihkan kepala ke arah penumpang yang tidak diundang itu.
“Kau
nak apa?” Keretanya mula bergerak meninggalkan tempat parkir kawasan taman
bunga itu.
“Kau
tentu tahu kes seorang usahawan kosmetik yang mati dibunuh dan tubuh Amelia
dibakar dalam kondominium miliknya tiga hari lepas. Kemudian kes kedua pula,
pemandunya pula ditemui mati dengan dos pil tidur yang berlebihan.”
Lelaki
di sebelahnya itu membuat radio tanpa pamitan. Baim memandu dengan sebelah
tangan memegang stereng kereta dan sebelah tangannya pula berada di luar
tingkap kereta. Lagu awal 60-an berdendang di radio klasik fm.
“Tiada
kaitan dengan aku.”
“Kau
kena tolong aku kali ini.”
“Kes
jenayah kan profesion kau. Kenapa nak melibatkan aku pula?”
“Aku
tahu tapi masalah sekarang kes ni luar biasa. Aku cuba menafikan tapi tak
boleh. Seorang lagi mangsa adalah pembantu peribadi arwah Amelia. Dia ditemui
mati dengan leher terjerut di dalam bilik tidurnya. Aku tak boleh klasifikasikan
kes ini bunuh diri lagi.”
“Aku
tak nak masuk campur.” Baim mematikan radio. Lagu 60-an itu buat dia menguap
beberapa kali.
“Keistimewaan
kau itu bukan satu bala atau petanda malang. Keistimewaan kau itu satu anugerah
yang orang lain tidak ada. Kau antara insan yang terpilih.”
Baim
senyap.
“Turunkan
aku di stesen teksi depan tu.” pinta lelaki itu.
Baim
memberhentikan keretanya.
“Zaim…”
Lelaki
itu tidak tidak jadi melangkah keluar. Bibirnya mengulum senyuman. Kereta itu
kembali bergerak ke atas jalan raya.
Bersambung...
2 comments:
Next...
Curious ni nak tahu perkembangan cerita ni. It seems to be fun and worth reading.
Pergh!! Berbaloi saya terjaga dan baca.. Ohsem sangat.. Baim dan Zaim.. Dua watak misteri..
Post a Comment