Followers

Sunday 18 September 2016

DETIK 12 MALAM - BAB 3

#Kes 1

Bab 3

“HOSPITAL tempat larangan merokok,” Zaim menyentap rokok yang masih bernyala di bibir Baim. Puntung rokok itu ditenyeh dengan tapak kasutnya. Walau pun gambar mengerikan diletakkan pada kotak rokok, ianya tidak mendatangkan apa-apa kesan kepada perokok tegar. Mereka masih membelinya. Walau pun rokok sudah dinaikkan harga, perokok tetap juga membelinya. Tidak sekotok pastinya  rokok batang dibeli.

Wednesday 14 September 2016

DETIK 12 MALAM - BAB 2

#KES 1

Bab 2


MOTIF pembunuhan? Dendam? Iri hati? Cemburu atau sebaliknya? Azhnita masih meneliti fail kes di dada meja. Laporan cap jari juga sudah dikeluarkan. Cap jadi pada botol pil tidur adalah cap Fadhil. Tiada cap jari lain yang ditemui. Dia masih merasakan Fadhil tidak membunuh diri.

            Mangsa kedua. Pembantu peribadi Amelia. Dahlia. Mati dengan leher terjerut pada kipas di bilik tidurnya. Dahlia tidak mempunyai masalah yang melibatkan mental. Sihat walafiat. Tiada masalah leceh seperti percintaan. Azhnita bingung memikirkan kaitan antara tiga mangsa itu. Dia buntu untuk seketika.

Tuesday 13 September 2016

DETIK 12 MALAM - BAB 1

#Kes 1

Bab 1


“FADHIL bekas pemandu arwah Amelia. Berusia 30 tahun. Bujang. Dia mati kerana dos pil tidur yang berlebihan.” Mayat sudah ditutup dengan selimut.

            Gadis berpakaian biasa bertudung litup itu bercangkung mengapai botol ubat yang hanya tinggal dua biji pil di dalamnya. Dia membelek botol pil tidur tersebut sebelum dimasukkan ke dalam karung plastik berwarna jernih itu.

DETIK 12 MALAM - #KES 1 (PROLOG)


Prolog

DIA memulas pili air. Air mengalir keluar dengan laju. Dia segera menadah tangan pada air lalu air itu disimbahkan pada mukanya. Beberapa kali dia berbuat demikian. Nafasnya turun naik. Dengupan jantungnya kian kencang. Dia menangkat wajahnya memandang ke arah cermin bilik air itu.

            Dia menundukkan kepala. Air pili yang mengalir bertukar menjadi warna darah. Dia menjerit lantang. Dia berundur ke belakang hingga tubuhnya melanggar dinding bilik air yang sempit itu. Air berwarna merah melimpah-limpah keluar dari sinki. Kepala seorang perempuan tersembul keluar dari sinki tersebut.